TLC: Microsoft Paint (Siri II)
14 April 2015 | Aktiviti TerkiniProgram ini dijalankan bersama Tadika Lagenda Cemerlang (TLC) sepanjang tahun 2015. Program ICT telah menjadi salah satu subjek di dalam P&P tadika. Program ini telah berlangsung pada 13 April 2015 di bilik latihan Pusat Internet Putrajaya Presint 9 Fasa 10. Kelas ini telah dihadiri oleh 11 orang murid- murid yang berusia 5 tahun. Kelas ini telah dikendalikan oleh Pengurus PI.Tujuan kelas ini adalah untuk melatih murid- murid untuk melukis pada Paint. Murid- murid didedahkan dengan setiap butang yang ada dan mereka dikehendaki untuk menekan setiap butang tersebut. Semua murid dikehendaki untuk mengikuti langkah- langkah yang ditunjukkan oleh Pengurus PI di dalam cara- cara untuk melukis rumah. Hasil kerja perlu disimpan di desktop.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: